Thursday, May 17, 2012

Tindih Lagi!



Hi uols. Sihat hari ni? Lunch apa tadi? Saya baru nak makan. Beli nasi ayam je. Lapar tahap gigil2 dah ni. Huhu.


Macam yang saya bagitahu sebelum ni, start bulan May saya dah menyewa kat Shah Alam. Dah lebih kurang 2 minggu la saya duk sini. Dari hari pertama memang saya tak boleh tidur. Walaupun mata sangat mengantuk, lelap je mata, terus cepat cepat tersedar. Frust btul situasi macam tu. Sudahnya kat ofis saya sakit kepala sebab kurang tidur. Hmph!


Dalam rumah tu ada 3 orang termasuk saya. Rumahnya cantik tau sebab dah renovate cun cun. Mungkin later lepas owner tu kawin, dia nak duduk situ. Harusla renovate lawa lawa kan. Owner pun duk situ jugak. Sepanjang ada kat sana, saya takda masalah apa la. Sangat selesa. Cuma masalah tidur je. 


Tapi minggu ni, sorang housemate balik rumah parents dia, so tinggal kami berdua je. Yang sorang lagi tu pulak selalu keluar. Balik malam jugak la lebih kurang. Maknanya saya banyak habiskan masa sorang2 la kat rumah tu. Yang lagi bestnya, bangunan tu baru naik. Dan belum ramai lagi penghuni. Dalam level kami, 1 unit je dah ada orang, iaitu rumah saya duduk tu la. Kalau duduk kat beranda tu, boleh nampak la rumah keliling kosong dan gelap je, kat belah2 bawah je yang terang. Saya tak kisah sangat pun. Takda fikir apa pun la. Cuma kawasan tu sunyi la kan kalau dah takda orang. Later dah ada orang pindah, barulah bising sikit kot.


Yang saya nak cerita ni pasal semalam. Macam biasa saya duk sorang2 tengok tv je lah apa lagi nak buat kan. Dekat kul 12 malam, saya masuk bilik. Tutup lampu dan ready untuk tidur la. Tengah baring2 sambil belek handphone, saya macam nampak objek putih kat sebelah tilam, membelakangkan phone. Saya pandang, takde pape. Belek handphone lagi, nampak lagi objek putih, rendah je kat belakang hp saya tu la. Dalam keadaan samar2 dah gelap tu, memang tak nampak jelas la apa benda tu. So saya assume tu adalah silau sebab saya pandang phone je. Baca doa sikit2, saya pun tidur.


Dalam kul 2 lebih saya terjaga sekejap. Maknanya saya dah terlelap la tadi. Bagus. Saya pun sambung la tidur. Tiba2 saya terjaga lagi. Bukak je mata macam ada dengar orang bisik2. Pastu makin dekat, suara tu betul2 kat telinga. Lepas tu terus kena himpap kow kow punya sakit betul badan. Siap dengar soksek soksek dibisiknya kat telinga saya. Lepas dah lawan baca macam2, benda tu lepas. Tapi saya macam rasa dia ada kat sebelah lagi. Meremang je. Tengok jam, tepat kul 3 pagi. Tengok lampu hall belum padam. Ingat housemate belum balik. Ke tak balik? Dah risau dah. Tapi malas nak fikir sangat. Tetiba lampu hall padam, dengar bunyi pintu ditutup. Maknanya dia dah balik la. Saya capai yasin bawah bantal, pegang sambil tidur. Dan saya tertidur sampai pagi dengan surah Yasin masih ditangan. 


Macam ni ke kena tindih? Obviously saya tak tidur macam tu lah kan. Hehe.


Masa tengah bersiap nak pergi kerja, tetibe terfikir. Objek apa yang saya nampak semalam yang samar2 tu? Tetiba terlintas dalam fikiran, Batu Nisan! Ye, memang sebijik batu nisan! Ya Allah, terus saya pack semua barang dan nekad nak balik rumah parents je malam ni. Sebab malam ni malam Jumaat. Tak kelakar saya duk sorang2 dan tunggu untuk diganggu lagi. Huhu. Bahagian yang kena tindih semalam, sakit berdenyut2. Dari bahu sampai pinggang. Paling kuat kat rusuk kanan. Pergh.


Ada orang tak percaya fenomena ditindih ni kan? Diorang anggap ia adalah Sleep Paralysis. Tak kisah la apa pun, yang penting saya dari kecik dah ditentukan boleh nampak certain2 makhluk Allah yang bukan semua orang nampak. Mungkin sebab tu la kot saya berani sikit. Sikiiiiiiiiiiiiiit je la. Huhu.Walau macam mana pun, pengalaman ditindih ni bukanlah sesuatu yang menarik. Saya pernah menangis meraung2 dalam keadaan separuh sedar sampai ayah masuk bilik bukak lampu. Huhu. Time tu rasa memang akan arwah dah. Nasib baik la umur panjang lagi. 


Oklah banyaknye bebel. Tekak rasa macam nak makan benda2 manis. Jom cari kek jom! Hikhik! 





Monday, May 14, 2012

Hot Monday~


Hi korang! Amacam Isnin? Isnin saya sangat lemau, sakit2 badan dan takda mood. Kenapa ntah. I had bihun for breakfast and Subway (again) for lunch. Untuk dinner, urm belum fikir lagi. Hehe. Sepatutnya kena gi jogging lepas kerja. Tapi mood macam ni boleh ke? Dengan kaki sakit2. Mungkin sebab berdiri lama kat hospital kan? Belum biasa lagi. Maklumla hospital kerajaan mana ada kerusi yang mencukupi. 


Walaupun dalam keadaan susah hati dengan kesihatan anak buah saya, kami sekeluarga berjaya bendung perasaan sedih tu dan teruskan kehidupan seperti biasa. Er tak biasa sangat la. Almost biasa. 


Saya jadi terajin dan cadang nak buat Nasi Karot hari Sabtu. Bangun awal basuh baju kemas rumah dan masak. Mama masak nasi, saya masak ayam dan sayur. Sangat menkagumkan! Haha. Bawa sikit bekal untuk abang rasa. Alhamdulillah sangat sedap lauk kami hari tu. Hehe. Eh sedap betul okeh. Ni bukan sengaja puji2 tau. :P Sile rujuk gambarajah dibawah kalau tak percaya. Hehe.





Hari ahad pulak, abah dah bosan makan ayam hari2, abah nak masak ikan tongkol. Gulai ikan tongkol dengan sayur kangkung goreng belacan. Saya sangat la tak minat ikan tongkol. Abah sangat memahami, abah bakar ikan keli dua ekor untuk anak perempuan dia yang gedik ni. Hikhik. Oh ye, hari ahad turn abah masak sorang2. Kami tengok tv sementara tunggu siap. Bukan buli abah tau, abah saya memang macam tu. Kalau dia masak orang lain tak boleh kacau, sure kena halau. Jadi sila bawak diri siap2 pergi tempat lain. Nanti dah siap abah panggil makan je. Comel kan? Sayang abah! Heee =)


Lepas makan kami ke hospital lagi. Tengok Iman. Ramai yang melawat. Tak putus2. Ada jugak badan2 charity datang bagi macam2 mainan dan makanan. Ish terharu. Ni 1st time merasa. Ramai jugak sukarelawan yang prihatin kan? Melawat pesakit kat hospital on weekend. :')


Balik rumah je, badan saya jadi sangat panas. Panas macam baru keluar oven. Nak tido pun susah. Pukul 2 kot baru terlelap. Taktau la fikir apa. Dan bangun pagi je saya terus mengidam benda ini :-




Macam mana tu? Ada johnys tak kat Shah Alam ni? Nak ajak siapa teman ni? Ish susah betul kalau takde boipreng. Hakhak. 


Okla tu je nak merepek. Nak balik tido! Tata uols~




Friday, May 11, 2012

Pray For Her!




Salam Jumaat kawan2. 


Macam yang saya bagitau sebelum ni, anak buah saya Wan Iman Zahra masuk hospital. Awalnya demam panas, selsema dan batuk 2 minggu tak kebah2. Pergi klinik 3-4 kali doktor bagi ubat demam je. Minum susu taknak, makan taknak, tido pun susah. Asyik merengek je. Akhirnya rabu lepas abang bawa dia ke Hospital Serdang dan terus kena tahan. Masukkan air dan amik darah. Dan bila result keluar, doktor bagitau bad news. Satu family down. Allah bagi ujian dan dugaan untuk kami sekeluarga. 





Ini gambar dia latest. Badan dah susut. Ni pun lepas dah sihat. Demam, selsema dah baik. Batuk ada sikit2 lagi. Dah boleh tido, dah boleh minum susu, tapi makan tak berapa nak sangat. Semalam dah transfer ke HKL sebab Hospital Serdang takda kemudahan untuk rawatan dia. Saya blom dapat lawat dia kat HKL sebab kena kerja. Weekend ni memang ke HKL la kami sekeluarga. Kena bagi semangat kat dia. Nak pastikan dia ceria, happy gelak dan terhibur la. Taknak dia rasa sakit, nangis, sedih je. Doktor jangka treatment dia akan dijalankan selama 6 bulan. Semoga adik kuat ye tempuh semua ni. Kitorang semua ada dengan adik, jangan risau.





Semoga nanti lepas habis rawatan, adik sihat macam dulu balik. Macam dalam gambar ni. Gambar ni beberapa minggu sebelum dia sakit. So kawan kawan, tolong doakan anak buah saya kuat dan cepat sembuh ye? Terima kasih. :')







Tuesday, May 8, 2012

Sedih




Hai korang! =)


Lunch apa tadi? Saya makan Subway, Seafood & Crab. Nyums sedap sangat! Hehe. Rasa macam badan dah tembun balik la. Saya dah stop minum susu tu dah, sebab sayang plak, banyak duit nak guna bulan ni.  Saya dah masuk rumah sewa minggu ni. Menyewa dengan kawan. Sorang 1 bilik. Rumah baru, siap Astro lagi. So rasanya okay la kot kan? Harap2 takde masalah sangat la. Tak berapa jauh dari ofis pun. Tapi macam tak sedap hati berjauhan dengan family sebab betul2 bulan 5 ni banyak dugaan family saya. Mak tak sihat, lepas tu anak buah masuk hospital. 


Sekarang ni mak dah sihat kot, insyaAllah. Dah buat check up kat hospital, tunggu result keluar. Harap2 takda apa2 serius la. Anak buah saya pun hari ni buat test. Taktahu bila result keluar. Esok nak ambik halfday, nak pergi hospital tengok dia. Ya Allah risaunya la kami sekeluarga. Dah la umur baru setahun lebih. Saya menangis sampai sakit kepala dah. Ni la dugaan paling berat rasanya. Moga2 Allah ringankan sakit anak buah saya dan cepat2 lah sembuh, amin!


Walaupun emosi tak berapa stabil, kerja tetap kena kerja. Dalam bz2 buat kerja ni sesekali teringat pasal anak buah, tak tahan jugak la terus nangis tersedu2. Tengah drive pun kalau teringat mesti nangis. Tengok budak kecik baya dia pun dah sedih. Tengok baju budak2 pun boleh sedih okeh! Ni baru anak buah, sedihnya macamkan anak sendiri. Huhu.


Okla takmau sedih2 sangat. Walau macam mana pun hidup mesti diteruskan. Semalam saya dinner kat kedai baru. I mean, baru nak try la. Saya pilih Kueteow Cantonese. 



                                         



Ok lah rasanya not bad. Tapi saya tak suka la kueteow digoreng dengan kicap macam ni. Sebab tu selalu order kueteow kungfu. Tapi kalau hari2 makan tu jemu la jugak kan. Oh kat kedai ni pun ada jual burger. Best la jugak. Menarik. Harga pun boleh tahan la, biasa2 je. Tak murah tak mahal. Siapa nak try, boleh la pergi kat Sek 13, belakang Tesco, nama kedai, Arufah.


Oklah saya nak sambung kerja sikit. Esok nak cuti, kena la siapkan apa yang patut ni. Sebelum tu, meh saya kongsi gambar kat bawah ni.



                                         



Saya tak kenal ni siapa. Dia berlakon dalam drama weekend haritu. Cahaya Iman kot. Dalam keadaan sangat penat baru balik dari hospital segala tu, saya gagah layan jugak drama ni sebab pelakon ni muka dia macam seseorang yang saya minat. Heee.. Bila tengok je dia, terus rasa berbunga bunga, tu yang tahan sampai kul 12 tengok jugak sampai habis. Ahaks. Sempat lagi nak menggedik. *PANGGGGG (tampar sedas)